Tuesday, April 12, 2011

MENGENAI TAYAMMUM

Soalan 1
Apakah erti tayammum?


Ertinya ialah menyapu debu tanah ke muka dan dua tangan hingga ke siku dengan syarat-syarat tertentu.


Soalan 2
Apakah syarat-syarat tayammum itu?


Syarat-syarat tayammum ialah:

  1. kerana ketiadaan air
  2. hendaklah berusaha mencari air terlebih dahulu
  3. kerana uzur menggunakan air(luka akibat kemalangan atau sebagainya yang boleh memudaratkan jika kena air)
  4. dengan debu tanah yang suci
  5. kerana hajat kepada air untuk diminum olehnya dan binatang yang dihormati (contoh pengembara yang mengembara di kawasan gurun yang ketiadaan air melainkan air yang di bawanya dan binatang yang menjadi tunggangannya)
  6. setelah masuk waktu solat

Soalan 3
Berapakah fardhu atau rukun-rukun tayammum


Rukun-rukun tayammum ada lima iaitu:

  1. niat untuk mengharuskan solat
  2. memindah debu tanah kepada anggota yang disapu
  3. menyapu muka dan dua tangan hingga ke siku dengan dua kali tepuk. 
  4. sekali tepuk untuk muka dan lagi sekali untuk dua tangan
  5. tertib ( mendahulukan menyapu muka kemudian menyapu dua tangan hingga ke siku
Soalan 4
Apakah dalil atau keterangan mengenai tayammum?


Berdasarkan firma Allah dalam surah Al-Maidah ayat 6 yang bermaksud "dan jika kamu berjunub (bersetubuh) maka hendaklah kamu bersuci, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau salah seorang dari kamu datang dari membuang air besar atau kamu sentuh perempuan sedangkan kamu tidak mendapati air, maka hendaklah kamu bertayammum dengan debu yang suci, maka sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan debu tanah itu...


Soalan 5
Apakah perkara-perkara yang menjadi sunat tayammum?


Sunat-sunat tayammum ialah:

  1. menyebut nama Allah dipermulaannya
  2. mengadap kiblat
  3. dahulukan tangan kanan dari tangan kiri
  4. menipiskan debu
  5. berturut-turut 
Soalan 6
Apakah pula perkara-perkara yang membatalkan tayammum?


Perkara yang membatalkan tayammum ialah:

  1. sama dengan perkara yang membatalkan wudhuk
  2. mendapati air bagi mereka yang bertayammum kerana ketiadaan air atau hilang uzur bagi orang yang bertayammum kerana keuzuran
  3. murtad