Saturday, December 18, 2010

BAHAGIAN AIR DAN ALAT BERSUCI

Syukur Alhamdulillah..dengan adanya blog yang diwujudkan ini dapatlah sama-sama kita lebih memahami ilmu-ilmu fiqh dan seterusnya untuk manfaat kita bersama..terdapat beberapa persoalan berkaitan ilmu fiqh akan ana bentangkan beserta dengan jawapannya sekali..

Soalan 1
Apakah benda atau alat-alat yang boleh dibuat bersuci dengannya?

Alat atau bahan yang harus kita bersuci dengannya sama ada untuk mengangkat hadas atau pun menghilangkan najis dan sebagainya adalah seperti berikut:
Air mutlak:boleh digunakan untuk semua keperluan termasuklah membasuh najis dan mengangkat hadas dan sebagainya
Debu tanah:diharuskan utk bertayammum samada hadas kecil atau hadas besar bagi membolehkan kita bersolat dengan beberapa syarat tertentu sebagai menggantikan air
 



Tanah:menyamak dari kesan-kesan najis mughallazah,disamping menggunakan air,
Batu dan seumpama dengannya:diharuskan kita beristinjak semata-mata ketika ketiadaan air atau berserta dengan air


Soalan 2
 Bolehkan sebutkan semua jenis air dan hukum-hukumnya?

Air terbahagi kepada 4 bahagian:
Pertama: air mutlak atau air tabie iaiutu air yang tidak dikaitkan dengan sesuatu jenama tertentu,maka hukumnya adalah suci lagi menyucikan. Contohnya air hujan,air laut,air perigi,air embun dan sebagainya.
Kedua: air mustakmal,iaitu air yang sedikit (kurang dari 2 kolah) yang telah digunakan bagi sesuatu yang fardhu, atau yang bercampur dengan sesuatu yang suci sehingga menyebabkan berubah warna,rasa dan baunya. Hukumnya adalah suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain
Ketiga: air mutannajis,iaitu air yang sedikit yang jatuh najis kedalamnya maka hukumnya adalah tidak suci dan tidak menyucikan.
Keempat: air musyammas iaitu air yang terjemur atau di jemur di bawah panas matahari yang terik dalam bekas yang boleh berkarat, maka hukumnya adalah suci lagi menyucikan tetapi makruh digunakan pada badan. (Sabda nabi s.a.w: Daripada 'aisyah r.a, bahawasanya ia telah memanaskan air pada cahaya matahari, lalu baginda bersabda terhadapnya, janganlah engkau berbuat demikian wahai 'aisyah,sesungguhnya air tersebut boleh mendatangkan penyakit sopak.)


Soalan 3
Bagaimanakah dengan air atau air telaga yang jatuh najis ke dalamnya?Adakah boleh digunakan untuk berwuduk?

Ya memang boleh digunakan. Air sungai yang banyak yang lebih dari 2 kolah yang didapati najis di dalamnya adalah suci selagi mana tidak mengubahkan sifat-sifat air itu seperti warna, rasa, atau bau.
Sabda Rasulullah s.a.w di dalam sebuah hadisnya yang bermaksud "apabila adalah air sebanyak dua kolah tidak menanggung najis.

Soalan 4
Apakah yang harus dilakukan supaya air mustakmal atau mutannajis itu dapat digunakan untuk bersuci?

Air mustakmal atau air mutannajis itu boleh digunakan iaitu dengan cara hendaklah ditambahkan hingga sampai 2 kolah atau lebih, kemudian lihatlah kalau tidak didapati sebarang perubahan pada sifat-sifat air tadi maka di waktu itu ia sudah menjadi suci lagi menyucikan, begitulah juga umpama air dalam sebuah perigi yang berubah sifatnya dengan sebab jatuh najis kedalamnya, atau dikurangkan airnya sedangkan bakinya masih melebihi dua kolah, atau dengan dibiarkannya berapa lama, kemudian dengan sebab itu lalu hilanglah perubahan pada air tersebut, maka di waktu itu air tersebut sudah kembali menjadi suci sebagai air mutlak.

Soalan 5
Kalau air dalam sebuah takungan atau kolam yang berubah sifatnya seperti rasanya masam atau warnanya kehitaman, apakah pula hukumnya?

Sekiranya air dalam sebuah takungan atau kolam itu melebihi dua kolah dan berubahnya dengan sebab lama bertakung, maka air tersebut hukumnya adalah suci dan boleh digunakan untuk berwudhukdan sebagainya, tetapi kalau air itu berubah disebabkan najis yang jatuh ke dalamnya, maka tidak syak lagi air tersebut tidak boleh digunakan untuk bersuci.

Soalan 6
Apakah yang dimaksudkan dengan sifat-sifat air itu?

Ijmak para ulama' mengatakan bahawa sifat-sifat air itu ialah warna, bau dan rasa. Maksudnya di sini ialah sekiranya air sungai dan perigi berubah salah satu dari sifat-sifat tersebut dengan disebabkan oleh jatuh najis ke dalamnya maka di waktu itu tidaklah boleh dibuat bersuci dengannya lagi.
Sabda Rasulullah s.a.w "Bahawasanya air itu tidak dinajiskan ia oleh sesuatu melainkan barang yang mengerasi atas baunya, rasanya dan warnanya"(riwayat ibnu majjah)

Soalan 7
Apakah pula hukumnya berhubung dengan air kelapa atau air sirap dan sebagainya?

Air-air tersebut dan sebagainya adalah suci tetapi tidak menyucikan. Maksudnya ialah ia boleh diminum tetapi tidak boleh mengangkat hadas atau menghilangkan najis dengannya.

No comments: