Friday, March 11, 2011

KISAH BENAR

Assalamu'alaikum w.t.h..Pada post kali ini ana ingin menceritakan sendiri kisah yang berlaku pada diri ana. Kisah ini berlaku pada februari 2011 baru-baru ini. Tempat dan situasi berlakunya kejadian ini adalah di sebuah mini pasaraya istafa jalan pegawai Alor Setar, Kedah. Kejadiannya bermula ketika ana bekerja sebagai promoter celcom di salah sebuah kedai berdekatan dengan mini pasaraya tersebut. Ketika ana igin membeli makanan segera untuk mengalas perut bagi menggantikan makan tegah hari, ketika itu dalam wallet ana hanya ada RM11 sahaja. Ketika ana sedang membelek-belek roti untuk dibeli, ana dikejutkan dengan seorang pak cik yang tiba-tiba menegur ana. "Dik, banyak beli, makan roti ja?" ana menjawab "ha aa..save bajet"..pak cik tu menegur lagi..leh tak belikan saya air 100plus? ana menjawab "tunggu jap ye.." Ana terus masuk ke dalam kedai tersebut sambil membelek-belek makanan segera yang ada di situ. Mungkin agak lama ana di dalam kedai itu, pak cik yang minta air bkarbonat 100plus tadi masuk mencari ana. Ketika bertembung dengannya dia bertanyakan ana "dik, air 100plus dh beli ka? ana menjawab "air mineral leh x? duit x cukup nak beli makanan nie." Padahal pada ketika itu duit ana ada lagi baki RM5. Pak cik tadi dengan muka sedih keluar terus dari kedai itu tanpa banyak soal. Ana berasa serba salah lalu terus ke peti ais dan ambil air 100plus untuk diberikan kepada pak cik tersebut. Satu kejadian aneh telah berlaku pada ketika itu. Ana menjadi heran kerana pak cik tadi telah hilang. Puas ana mencari tapi tak jumpa. Pada keesokan harinya ana terkejut kerana wang sejumlah RM100 telah hilang dari laci tempat ana bekerja. Ana tidak tahu samada rakan yang bekerja bersama ana yang ambil atau tidak duit itu kerana apabila ditanya dengannya dia menafikan. Sekiranya bukan dia yang ambil siapa lagi kerana di kedai itu hanya ana sahaja yang jaga. Rakan ana kebetulan sahaja datang pada hari tersebut untuk mengambil printer yang tertinggal. Peristiwa tersebut meninggalkan kesan yang mendalam kepada hidup ana. Allah sekiranya hendak menduga hambaNya, pelbagai cara DIA boleh lakukan.Pengajaran yang ana kongsikan pada sidang pembaca sekalian bukanlah untuk mencari publisiti atau pun apa..Ana kongsikan kisah ana ini agar menjadi iktibar dan pedoman kepada kita semua.Janganlah menjadi kedekut dan bakhil kerana sesungguhnya perbuatan tersebut tidak disukai dan dikutuk oleh ALLAH dan para makhlukNya Sekiranya ada tersalah kata ana mohon jutaan kemaafan. Sekiranya sidang pembaca sekalian ada cerita menarik yang berlaku pada diri saudara/i yang boleh membawa pengajaran kepada kita semua bolehlah kongsikan di ruangan komen. Shukran jaza' ana ucapkan kepada sidang pembaca yang budiman.

Wednesday, March 9, 2011

MENGENAI HADAS KECIL DAN BERWUDHUK

Disini ana ingin menambah sedikit lagi mengenai persoalan-persoalan yang selalu bermain di fikiran kita mengenai hadas kecil dan wudhuk. Sekiranya sidang pembaca yang dikasihi mempunyai persoalan yang ana tidak nyatakan bolehlah ajukan pertanyaan di bahagian komen ataupun shoutbox yang disediakan.

Soalan 9
  Apakah yang dikatakan wudhuk itu?

Wudhuk adalah suatu ciri kebersihan dalam islam yang dituntut dengan membasuh anggota-anggota tertentu yang terdedah dengan mempunyai rukun-rukun dan syarat-syarat tertentu.

Soalan 10
   Apakah yang menjadi rukun dan fardhu dalam berwudhuk?

Adapun perkara-perkara yang menjadi rukun atau wajib dalam berwudhuk adalah sebanyak 6 perkara:
  1. Niat sewaktu membasuh muka
  2. Membasuh muka
  3. Membasuh 2 tangan hingga ke siku
  4. Menyapu sebahagian dari kepala atau rambut
  5. Membasuh kaki hingga ke buku lali
  6. Tertib
Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 6 yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mendirikan solat maka basuhlah muka-muka kamu dan 2 tangan kamu hingga ke siku dan sapulah dengan kepala kamu dan basuhlah kaki kamu hingga 2 buku lali"

Soalan 11 
Bilakah masa yang sepatutnya kita berniat,samada sebelum atau sesudah berwudhuk?

Bagi persoalan ini moleklah ana menjawab mengikut pandang ke-4 empat imam yang muktabar agar memudahkan sidang pembaca memahami.
  1. Imam Syafi'ie -  niat hendaklah disertakan sewaktu membasuh muka. Sekiranya seseorang itu berniat sebelum atau sesudah berwudhuk maka tidak sah wudhuknya
  2. Imam Malik - memadai sebelum berwudhuk
  3. Imam Hanafi - niat wudhuk itu adalah sunat sahaja
  4. Imam Ahmad b. Hambal - niat wudhuk adalah sebagai satu syarat sahaja

Soalan 12
Bagaimanakah kedudukan sebenar mengenai niat?     

Bedasarkan hadis riwayat tirmizi yang bermaksud "Sesungguhnya setiap amalan itu mestilah dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap orang itu berdasar kepada apa yang diniatnya..". Berdasarkan hadis  niat itu adalah wajib bagi seseorang untuk melakukan sesuatu amal ibadah. Sekiranya dilihat pada pandangan imam-imam muktabar hanya Imam Syafi'e sahaja yang menyatakan bahawa tidak sah niat sebelum atau selepas wudhuk sedangkan imam dari mazhab lain tidak. Persoalan ini sepatutnya tidaklah dibangkitkan kerana berdasarkan hadis tersebut terlintas niat untuk melakukan sesuatu sudah dikira berniat. Disebabkan itulah imam-imam mazhab lain tidak menghukumnya wajib(dalam erti lainnya cara berniat). Bagi Imam Syafi'ie beliau lebih kepada memperhalusi atau berjaga-jaga kerana takut tidak mempunyai niat. Sebagai contoh, bagi Imam Syafi'e ketika hendak membasuh muka barulah terlintas niat di dalam hati sahaja aku mengangkat hadas yang kecil kerana Allah manakala bagi imam mazhab lain memadai terlintas sahaja di hati, aku nak ambil wudhuk atau aku ambil wudhuk atau aku hendak solat maka itu sudah dikira niat tanpa perlu membaca niat seperti sahaja aku mengangkat hadas yang kecil kerana Allah Ta'ala.Wallahua'lam

CERITA LUCU

TeGuR
Seorang guru telah mengetahui bahawa seorang dari pelajarnya yang bernama Mona tidak suka mandi pagi dan ini mengakibatkan pencemaran udara di dalam kelas dengan aroma hangit sekali. Untuk menyedarkan Mona, guru tersebut telah mengarang ayat untuk disoal kepada Mona.

Guru : Mona, sila lengkapkan ayat ini dengan memberi saya jawapan di tempat kosong. Hanya perlu jawab YA atau TIDAK sahaja.

Mona pun menjawab dengan penuh komfidem dan bangganya.

Mona : YA, saya busuk dan malas mandi pagi. Eh..

Mona binggung lalu cepat-cepat menukar jawapannya.

Mona : TIDAK, saya busuk dan malas mandi pagi.

Guru : Kedua-dua jawapan awak betul Mona.He3..

Satu kelas mentertawakan Mona manakala Mona tersenyum malu kerana kantoi tak mandi pagi.

Moral : kalau nak tegur seseorang diatas sikap buruk yang dia lakukan, tegurlah dengan cara yang berhemah



RiAk
Ada seorang penjaga kubur yang ingin menguji kebijaksanaan seorang cendikiawan tersohor. Dipendekkan cerita, penjaga tersebut berjumpa dengan cendikiawan tersebutdi hadapan khalayak ramai.

Penjaga kubur : wahai cendikiawan, aku mahu mengajukan 3 teka teki kepadamu

Cendikiawan : Hahaha..semua soalan aku boleh menjawabnya

Penjaga kubur : Baiklah, soalan first..ada seorang penumpang Boeing 737 ingin ke toilet, tiba-tiba dia membuang mangkuk tandas itu keluar dari kapal terbang. Kenapa?

Cendikiawan : Mangkuk tandas itu ada tahinya la..hahaha..kacang jee..

Penjaga kubur : Salah. Jawapannya sebab dia itu gila.

Cendikiawan : ?????

Penjaga Kubur : Soalan second. Ada seorang petani nie..angin tak ada, ribut tak ada tiba-tiba dia mati. Kenapa?

Cendikiawan : Alaa kacang je..dia kena heartattack ..hahahaha

Penjaga kubur : Salah jugak. Dia terhempap mangkuk tandas tadi la..

Cendikiawan : Hah??

Penjaga kubur : Last question.. ada sebuah kampung tapi orangnya tiada..kenapa?

Cendikiawan : Ekelleh..senang jee..diorang sume g tengok konsert laa

Penjaga kubur : Salah lagi..diorang sume pegi melawat orang yang mati tadi laa..

Cendikiwan terasa malu yang amat sangat. Untuk menutup malu dia pun membunuh penjaga kubur itu..

Moral : Jangan riak dengan kepandaian yang kita ada kerana sesungguhnya ada lagi orang yang lebih pandai dari kita

Tuesday, March 8, 2011

PoSiTiVe IdEaS

No PaIn No GaIn
No RiSk No GlOrY


WaLk ThE tAlK!
take the initiative and lead the way,
you can make a difference..


ChAnGe
your thoughts and the world around you
ChAnGe


Do SoMeThInG
nEw
Or At LeAsT dIfFeReNt
EvErY dAy!


   WiNnInG      
mEaNs AlWaYs StRiViNg To Be
BeTtEr
DiFfErEnT
fIrSt


A
PoSsItIvE
aNyThInG iS bEtTeR
tHaN a NeGaTiVe NoThInG!


iN ThE mIdSt Of ChAoS, fInD
oPpOrTuNiTy 


OpTiMiSt
EnRiCh.ThE.pReSeNt    
EnChAnCe.ThE.fUtUrE
cHaLlEnGe.ThE.iMpRoBaBlE
aTtAiN.tHe.ImPoSsIbLe     

Monday, March 7, 2011

MENGENAI HADAS KECIL DAN BERWUDHUK

Syukur Alhamdulillah dapat lagi kita sama-sama menyambung ilmu berkaitan fardhu ain ini. Terlebih dahulu ana memohon maaf kerana telah lama tidak mengedit blog ini. Diharapkan rakan-rakan yang mengunjungi blog ini akan terus setia bersama ana agar setiap perkongsian ilmu yang bermanfaat ini dapat sama-sama kita hayati dan amalkan dalam kehidupan kita seharian.INSYAALLAH..

Soalan1
Apakah yang dimaksudkan dengan hadas kecil?

Yang dimaksudkan dengan hadas kecil ialah mereka yang tiada wuduk. Kebanyakan dari kita menganggap bahawa berhadas kecil itu dengan membuang air kecil manakala berhadas besar pula membuang air besar. Ini adalah tanggapan yang salah dan harus diperbetulkan agar tidak menimbulkan kekeliruan.

Soalan 2
Apakah yang menyebabkan seseorang itu dianggap berhadas kecil?

Apabila berlaku salah satu daripada perkara-perkara seperti berikut  maka seseorang itu dikatakan berhadas kecil:
  1. Keluar sesuatu dari 2 jalan (qubul dan dubur) selain dari air mani.
  2. Menyentuh kemaluan manusia dengan tapak tangan atau perut-perut anak jari, samada qubul atau dubur dengan sengaja atau terlupa, samada kemaluan sendiri atau orang lain tanpa berlapik.
  3. Sentuhan diantara kulit laki-laki dan perempuan yang bukan mahramnya tanpa berlapik.(mengikut mazhab syafi'e)
  4. Tidur yang tidak tetap papan punggungnya
  5. Hilang akal samada disebabkan mabuk atau pitam dan sebagainya
Soalan 3
Betulkah pendapat yang mengatakan bahawa kentut sekali batal wudhuk dan kentut dua kali tidak batal?

Ya memang betul,kerana kentut kali pertama itu sudah membatalkan wudhuk sedangkan kentut kali kedua dan seterusnya sudah tidak apa-apa lagi.

Soalan 4
Bagaimanakah dengan pendapat yang mengatakan bahawa sentuhan di antara lelaki dan perempuan itu tidak wudhuk?

Sebenarnya dalam masalah ini begitu banyak sekali pendapat yang berlainan (Khilapiah) di kalangan para ulama' mujtahidin, tetapi apa yang dibicarakan disini adalah menurut pendapat dalam mazhab Imam Syafi'e yang berdasar firman ALLAH yang berbunyi: AULAMASTUMUNNISA' yang bermaksud "atau kamu sentuhi perempuan. Dan tidak batal wudhuk dengan sentuhan rambut, gigi dan kuku".

Soalan 5
Adakah dianggap berhadas kecil atau batal wudhuk dengan menyentuh atau memegang benda-benda najis?

Tidaklah pula terdapat sebarang keterangan daripada hadis Nabi s.a.w yang menunjukkan batal wudhuk dengan menyentuh atau memegang benda-benda najis walaupun najis berat, cuma diwajibkan kita membasuh atau membersihkannya sahaja.(Rujuk Bahagian Najis dan Cara Penyuciannya)


Soalan 6
Bolehkah jelaskan mengenai sentuhan lelaki dan perempuan mengikut 4 mazhab?

  1. Mazhab Maliki - bahawa sentuhan diantara lelaki dan perempuan dengan tangannya atau dari satu juzuk dari badannya dengan keinginannya(nafsu syahwat) adalah batal wudhuknya
  2. Mazhab Hanafi - bahawa sentuhan diantara lelaki dan perempuan walaupun dalam keadaan bertelanjang kedua-duanya adalah tidak batal wudhuk secara mutlak
  3. Mazhab Syafi'e- bahawa sentuhan diantara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah batal wudhuk
  4. Mazhab Hambali - bahawa sentuhan diantara lelaki dan perempuan walaupun mahram dengan keinginan adalah batal wudhuk   

Soalan 7
Apakah perkara yang dilarang kerana berhadas kecil?

Diantara perkara yang dilarang ialah bersolat samada fardhu atau sunat, tawaf di baitullah samada fardhu atausunat, membaca khutbah jumaat, menyentuh membawa atau menanggung al quran, sujud tilawah dan sujud syukur.

Soalan 8
Bagaimana dengan membaca surah Ya Siin, adakah mesti berwudhuk?

Kalau sekadar membaca atau menghafaz tanpa memegang al-quran maka tidaklah haram ke atas orang yang berhadas kecil hanya sunat sahaja berwudhuk, begitulah juga dengan menyentuh dan memegang buku Ya Siin yang di dalamnya mengandungi terjemahan, doa-doa zikir dan sebagai, tidaklah haram memegangnya tanpa berwudhuk tetapi memegang buku Ya Siin yang mengandungi surah Ya Siin semata-mata adalah haram memegangnya tanpa berwudhuk.