Friday, March 11, 2011

KISAH BENAR

Assalamu'alaikum w.t.h..Pada post kali ini ana ingin menceritakan sendiri kisah yang berlaku pada diri ana. Kisah ini berlaku pada februari 2011 baru-baru ini. Tempat dan situasi berlakunya kejadian ini adalah di sebuah mini pasaraya istafa jalan pegawai Alor Setar, Kedah. Kejadiannya bermula ketika ana bekerja sebagai promoter celcom di salah sebuah kedai berdekatan dengan mini pasaraya tersebut. Ketika ana igin membeli makanan segera untuk mengalas perut bagi menggantikan makan tegah hari, ketika itu dalam wallet ana hanya ada RM11 sahaja. Ketika ana sedang membelek-belek roti untuk dibeli, ana dikejutkan dengan seorang pak cik yang tiba-tiba menegur ana. "Dik, banyak beli, makan roti ja?" ana menjawab "ha aa..save bajet"..pak cik tu menegur lagi..leh tak belikan saya air 100plus? ana menjawab "tunggu jap ye.." Ana terus masuk ke dalam kedai tersebut sambil membelek-belek makanan segera yang ada di situ. Mungkin agak lama ana di dalam kedai itu, pak cik yang minta air bkarbonat 100plus tadi masuk mencari ana. Ketika bertembung dengannya dia bertanyakan ana "dik, air 100plus dh beli ka? ana menjawab "air mineral leh x? duit x cukup nak beli makanan nie." Padahal pada ketika itu duit ana ada lagi baki RM5. Pak cik tadi dengan muka sedih keluar terus dari kedai itu tanpa banyak soal. Ana berasa serba salah lalu terus ke peti ais dan ambil air 100plus untuk diberikan kepada pak cik tersebut. Satu kejadian aneh telah berlaku pada ketika itu. Ana menjadi heran kerana pak cik tadi telah hilang. Puas ana mencari tapi tak jumpa. Pada keesokan harinya ana terkejut kerana wang sejumlah RM100 telah hilang dari laci tempat ana bekerja. Ana tidak tahu samada rakan yang bekerja bersama ana yang ambil atau tidak duit itu kerana apabila ditanya dengannya dia menafikan. Sekiranya bukan dia yang ambil siapa lagi kerana di kedai itu hanya ana sahaja yang jaga. Rakan ana kebetulan sahaja datang pada hari tersebut untuk mengambil printer yang tertinggal. Peristiwa tersebut meninggalkan kesan yang mendalam kepada hidup ana. Allah sekiranya hendak menduga hambaNya, pelbagai cara DIA boleh lakukan.Pengajaran yang ana kongsikan pada sidang pembaca sekalian bukanlah untuk mencari publisiti atau pun apa..Ana kongsikan kisah ana ini agar menjadi iktibar dan pedoman kepada kita semua.Janganlah menjadi kedekut dan bakhil kerana sesungguhnya perbuatan tersebut tidak disukai dan dikutuk oleh ALLAH dan para makhlukNya Sekiranya ada tersalah kata ana mohon jutaan kemaafan. Sekiranya sidang pembaca sekalian ada cerita menarik yang berlaku pada diri saudara/i yang boleh membawa pengajaran kepada kita semua bolehlah kongsikan di ruangan komen. Shukran jaza' ana ucapkan kepada sidang pembaca yang budiman.

1 comment:

jehan said...

jadikan hikmah ye kejadian ni..