Monday, March 7, 2011

MENGENAI HADAS KECIL DAN BERWUDHUK

Syukur Alhamdulillah dapat lagi kita sama-sama menyambung ilmu berkaitan fardhu ain ini. Terlebih dahulu ana memohon maaf kerana telah lama tidak mengedit blog ini. Diharapkan rakan-rakan yang mengunjungi blog ini akan terus setia bersama ana agar setiap perkongsian ilmu yang bermanfaat ini dapat sama-sama kita hayati dan amalkan dalam kehidupan kita seharian.INSYAALLAH..

Soalan1
Apakah yang dimaksudkan dengan hadas kecil?

Yang dimaksudkan dengan hadas kecil ialah mereka yang tiada wuduk. Kebanyakan dari kita menganggap bahawa berhadas kecil itu dengan membuang air kecil manakala berhadas besar pula membuang air besar. Ini adalah tanggapan yang salah dan harus diperbetulkan agar tidak menimbulkan kekeliruan.

Soalan 2
Apakah yang menyebabkan seseorang itu dianggap berhadas kecil?

Apabila berlaku salah satu daripada perkara-perkara seperti berikut  maka seseorang itu dikatakan berhadas kecil:
  1. Keluar sesuatu dari 2 jalan (qubul dan dubur) selain dari air mani.
  2. Menyentuh kemaluan manusia dengan tapak tangan atau perut-perut anak jari, samada qubul atau dubur dengan sengaja atau terlupa, samada kemaluan sendiri atau orang lain tanpa berlapik.
  3. Sentuhan diantara kulit laki-laki dan perempuan yang bukan mahramnya tanpa berlapik.(mengikut mazhab syafi'e)
  4. Tidur yang tidak tetap papan punggungnya
  5. Hilang akal samada disebabkan mabuk atau pitam dan sebagainya
Soalan 3
Betulkah pendapat yang mengatakan bahawa kentut sekali batal wudhuk dan kentut dua kali tidak batal?

Ya memang betul,kerana kentut kali pertama itu sudah membatalkan wudhuk sedangkan kentut kali kedua dan seterusnya sudah tidak apa-apa lagi.

Soalan 4
Bagaimanakah dengan pendapat yang mengatakan bahawa sentuhan di antara lelaki dan perempuan itu tidak wudhuk?

Sebenarnya dalam masalah ini begitu banyak sekali pendapat yang berlainan (Khilapiah) di kalangan para ulama' mujtahidin, tetapi apa yang dibicarakan disini adalah menurut pendapat dalam mazhab Imam Syafi'e yang berdasar firman ALLAH yang berbunyi: AULAMASTUMUNNISA' yang bermaksud "atau kamu sentuhi perempuan. Dan tidak batal wudhuk dengan sentuhan rambut, gigi dan kuku".

Soalan 5
Adakah dianggap berhadas kecil atau batal wudhuk dengan menyentuh atau memegang benda-benda najis?

Tidaklah pula terdapat sebarang keterangan daripada hadis Nabi s.a.w yang menunjukkan batal wudhuk dengan menyentuh atau memegang benda-benda najis walaupun najis berat, cuma diwajibkan kita membasuh atau membersihkannya sahaja.(Rujuk Bahagian Najis dan Cara Penyuciannya)


Soalan 6
Bolehkah jelaskan mengenai sentuhan lelaki dan perempuan mengikut 4 mazhab?

  1. Mazhab Maliki - bahawa sentuhan diantara lelaki dan perempuan dengan tangannya atau dari satu juzuk dari badannya dengan keinginannya(nafsu syahwat) adalah batal wudhuknya
  2. Mazhab Hanafi - bahawa sentuhan diantara lelaki dan perempuan walaupun dalam keadaan bertelanjang kedua-duanya adalah tidak batal wudhuk secara mutlak
  3. Mazhab Syafi'e- bahawa sentuhan diantara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah batal wudhuk
  4. Mazhab Hambali - bahawa sentuhan diantara lelaki dan perempuan walaupun mahram dengan keinginan adalah batal wudhuk   

Soalan 7
Apakah perkara yang dilarang kerana berhadas kecil?

Diantara perkara yang dilarang ialah bersolat samada fardhu atau sunat, tawaf di baitullah samada fardhu atausunat, membaca khutbah jumaat, menyentuh membawa atau menanggung al quran, sujud tilawah dan sujud syukur.

Soalan 8
Bagaimana dengan membaca surah Ya Siin, adakah mesti berwudhuk?

Kalau sekadar membaca atau menghafaz tanpa memegang al-quran maka tidaklah haram ke atas orang yang berhadas kecil hanya sunat sahaja berwudhuk, begitulah juga dengan menyentuh dan memegang buku Ya Siin yang di dalamnya mengandungi terjemahan, doa-doa zikir dan sebagai, tidaklah haram memegangnya tanpa berwudhuk tetapi memegang buku Ya Siin yang mengandungi surah Ya Siin semata-mata adalah haram memegangnya tanpa berwudhuk.     
     



No comments: