Wednesday, March 9, 2011

CERITA LUCU

TeGuR
Seorang guru telah mengetahui bahawa seorang dari pelajarnya yang bernama Mona tidak suka mandi pagi dan ini mengakibatkan pencemaran udara di dalam kelas dengan aroma hangit sekali. Untuk menyedarkan Mona, guru tersebut telah mengarang ayat untuk disoal kepada Mona.

Guru : Mona, sila lengkapkan ayat ini dengan memberi saya jawapan di tempat kosong. Hanya perlu jawab YA atau TIDAK sahaja.

Mona pun menjawab dengan penuh komfidem dan bangganya.

Mona : YA, saya busuk dan malas mandi pagi. Eh..

Mona binggung lalu cepat-cepat menukar jawapannya.

Mona : TIDAK, saya busuk dan malas mandi pagi.

Guru : Kedua-dua jawapan awak betul Mona.He3..

Satu kelas mentertawakan Mona manakala Mona tersenyum malu kerana kantoi tak mandi pagi.

Moral : kalau nak tegur seseorang diatas sikap buruk yang dia lakukan, tegurlah dengan cara yang berhemah



RiAk
Ada seorang penjaga kubur yang ingin menguji kebijaksanaan seorang cendikiawan tersohor. Dipendekkan cerita, penjaga tersebut berjumpa dengan cendikiawan tersebutdi hadapan khalayak ramai.

Penjaga kubur : wahai cendikiawan, aku mahu mengajukan 3 teka teki kepadamu

Cendikiawan : Hahaha..semua soalan aku boleh menjawabnya

Penjaga kubur : Baiklah, soalan first..ada seorang penumpang Boeing 737 ingin ke toilet, tiba-tiba dia membuang mangkuk tandas itu keluar dari kapal terbang. Kenapa?

Cendikiawan : Mangkuk tandas itu ada tahinya la..hahaha..kacang jee..

Penjaga kubur : Salah. Jawapannya sebab dia itu gila.

Cendikiawan : ?????

Penjaga Kubur : Soalan second. Ada seorang petani nie..angin tak ada, ribut tak ada tiba-tiba dia mati. Kenapa?

Cendikiawan : Alaa kacang je..dia kena heartattack ..hahahaha

Penjaga kubur : Salah jugak. Dia terhempap mangkuk tandas tadi la..

Cendikiawan : Hah??

Penjaga kubur : Last question.. ada sebuah kampung tapi orangnya tiada..kenapa?

Cendikiawan : Ekelleh..senang jee..diorang sume g tengok konsert laa

Penjaga kubur : Salah lagi..diorang sume pegi melawat orang yang mati tadi laa..

Cendikiwan terasa malu yang amat sangat. Untuk menutup malu dia pun membunuh penjaga kubur itu..

Moral : Jangan riak dengan kepandaian yang kita ada kerana sesungguhnya ada lagi orang yang lebih pandai dari kita

No comments: