Disini ana ingin menambah sedikit lagi mengenai persoalan-persoalan yang selalu bermain di fikiran kita mengenai hadas kecil dan wudhuk. Sekiranya sidang pembaca yang dikasihi mempunyai persoalan yang ana tidak nyatakan bolehlah ajukan pertanyaan di bahagian komen ataupun shoutbox yang disediakan.
Soalan 9
Apakah yang dikatakan wudhuk itu?
Wudhuk adalah suatu ciri kebersihan dalam islam yang dituntut dengan membasuh anggota-anggota tertentu yang terdedah dengan mempunyai rukun-rukun dan syarat-syarat tertentu.
Soalan 10
Apakah yang menjadi rukun dan fardhu dalam berwudhuk?
Adapun perkara-perkara yang menjadi rukun atau wajib dalam berwudhuk adalah sebanyak 6 perkara:
- Niat sewaktu membasuh muka
- Membasuh muka
- Membasuh 2 tangan hingga ke siku
- Menyapu sebahagian dari kepala atau rambut
- Membasuh kaki hingga ke buku lali
- Tertib
Soalan 11
Bilakah masa yang sepatutnya kita berniat,samada sebelum atau sesudah berwudhuk?
Bagi persoalan ini moleklah ana menjawab mengikut pandang ke-4 empat imam yang muktabar agar memudahkan sidang pembaca memahami.
- Imam Syafi'ie - niat hendaklah disertakan sewaktu membasuh muka. Sekiranya seseorang itu berniat sebelum atau sesudah berwudhuk maka tidak sah wudhuknya
- Imam Malik - memadai sebelum berwudhuk
- Imam Hanafi - niat wudhuk itu adalah sunat sahaja
- Imam Ahmad b. Hambal - niat wudhuk adalah sebagai satu syarat sahaja
Soalan 12
Bagaimanakah kedudukan sebenar mengenai niat?
Bedasarkan hadis riwayat tirmizi yang bermaksud "Sesungguhnya setiap amalan itu mestilah dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap orang itu berdasar kepada apa yang diniatnya..". Berdasarkan hadis niat itu adalah wajib bagi seseorang untuk melakukan sesuatu amal ibadah. Sekiranya dilihat pada pandangan imam-imam muktabar hanya Imam Syafi'e sahaja yang menyatakan bahawa tidak sah niat sebelum atau selepas wudhuk sedangkan imam dari mazhab lain tidak. Persoalan ini sepatutnya tidaklah dibangkitkan kerana berdasarkan hadis tersebut terlintas niat untuk melakukan sesuatu sudah dikira berniat. Disebabkan itulah imam-imam mazhab lain tidak menghukumnya wajib(dalam erti lainnya cara berniat). Bagi Imam Syafi'ie beliau lebih kepada memperhalusi atau berjaga-jaga kerana takut tidak mempunyai niat. Sebagai contoh, bagi Imam Syafi'e ketika hendak membasuh muka barulah terlintas niat di dalam hati sahaja aku mengangkat hadas yang kecil kerana Allah manakala bagi imam mazhab lain memadai terlintas sahaja di hati, aku nak ambil wudhuk atau aku ambil wudhuk atau aku hendak solat maka itu sudah dikira niat tanpa perlu membaca niat seperti sahaja aku mengangkat hadas yang kecil kerana Allah Ta'ala.Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment