Friday, September 30, 2011

PENAWAR BAGI BISA ULAR, SENGAT IKANSEMBILANG & DURI KELAPA SAWIT

Tahukah anda bahawa Allah telah menciptakan penyakit dan penawar itu melalui punca yang sama dan punca yang berbeza. Disini ana ingin mengupas 3 penyakit dan penawar yang mempunyai hubung kait antara satu sama lain. Sebagai contoh bisa patukan ular,sengat ikan sembilang dan duri pelepah sawit. 
1)Sekiranya anda dipatuk oleh ular maka anda hendaklah menangkap dan seterusnya memakan ekor ular yang mematuk anda itu. Sesungguhnya di bahagian ekor ular tersebut Allah telah ciptakan penawarnya. Bolehkah memakan ekor ular tersebut? Jawabnya boleh makan pada ketika dipatuk ular sahaja kerana ia dikira darurat. Haram memakan ular sebagai santapan harian. 
2)Penawar bagi bisa terkena sengatan ikan sembilang pula ialah otak ikan tersebut. Sekiranya anda terkena sengat ikan ini, anda perlu belah kepala ikan tersebut dan mengambil otaknya untuk dimakan. InsyaAllah bisa sengat ikan tersebut hilang. 
3)Duri kelapa sawit merupakan antara duri yang mempunya bisa yang sangat kuat. Penawar bagi bisa duri ini ialah Allah telah letakkan pada buahnya. Caranya ialah anda perlu mengupas buah sawit sehingga anda dapat rasa minyak keluar dari sabut buah tersebut dan seterusnya sapu minyak tersebut bersama-sama buah sawit itu. InsyaAllah rasa sakit berkurangan.
Tedung Selar
Ikan Sembilang
Duri Pelepah Sawit

No comments: