Soalan 1
Apakah hukumnya menuduh orang berzina menurut islam?
Hukumnya adalah haram dan berdosa besar. Sekiranya terjadi hal yang demikian maka wajiblah yang menuduh itu membawa saksi seramai 4 orang(saksi hendaklah terdiri dari mereka yang tidak fasik).Sekiranya yang menuduh tidak dapat membawa 4 orang saksi maka hendaklah dihukum orang yang menuduh itu sekiranya yang dituduh menafikannya.
Soalan 2
Bagaimana pula sekiranya menggunakan teknologi terkini yang canggih seperti kamera cctv dan sebagainya. Adakah itu boleh dijadikan saksi?
Tidak boleh kerana teknologi buatan manusia tidak sempurna dan mempunyai kelemahannya. Sebagai contoh seperti kes yang berlaku dalam negara kita akhir-akhir ini. Walaupun terdapat video orang yang berzina namun video tersebut tidak jelas dan samar-samar, Sekalipun video itu jelas menunjukkan pelakunya sipulan bin sipulan. Menurut Sheikh Wahbah Zuhaili orang yang membuat tuduhan wajib membawa empat orang saksi yang tidak fasik kerana telah terdapat nas di dalam Al Quran. Setiap perkara yang telah mempunyai nas di dalam Al Quran atau hadis maka ia tidak boleh dipertikaikan.
No comments:
Post a Comment