Sunday, December 19, 2010

BAHAGIAN NAJIS DAN PENYUCIANNYA

Soalan 1
Apakah pandangan islam mengenai bersuci dan apakah hukum dan tujuannya?

Bersih dan kebersihan, suci dan kesucian adalah merupakan perkara penting lagi besar dalam pandangan islam bahkan  ia menjadi amalan dan budaya di kalangan umat dan bangsa yang telah maju di dunia ini. Tuntutan bersuci dalam islam amatlah luas skopnya merangkumi lahir dan batin, jasmani dan rohani. Ia merupakan suatu amalan yang hukumnya adalah wajib dan menjadi syarat untuk melakukan setiap ibadah dalam islam, dan bertujuan melahirkan  umat yang bersih, sihat, cergas dan maju dalam kehidupannya sebagai umat contoh.
Sabda Rasulullah s.a.w: Agama islam itu adalah bersih, maka hendaklah kamu melakukan pembersihan,sesungguhnya tidak akn masuk syurga melainkan orang yang bersih.
Sabda Rasulullah s.a.w lagi annazha fatu minal iman (Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman)

Soalan 2
Tentang apakah kita diwajibkan bersuci?


Tuntutan wajib bersuci berdasarkan hukum syarak ialah:
Pertama>suci dari najis=meliputi badan,pakaian dan tempat
Kedua>suci dari hadas=mengenai badan semata-mata

Soalan 3
Apakah perbezaan antara hadas dan najis?


Hadas ialah kekotoran dari segi batin atau jijik dari segi syarak sedangkan najis adalah merupakan kekotoran dari segi lahir. Kekotoran tidak semestinya najis, tetapi najis itu tetaplah kotor, cemar dan jijik.

Soalan 4
Apakah yang dimaksudkan dengan najis menurut islam?

Najis menurut islam ialah sesuatu yang jijik yang mencegah akan sahnya solat seseorang yang mesti disucikan mengikut cara-cara yang telah ditetapkan oleh islam.


Soalan 5
Apakah contoh-contoh kotor dan najis itu?

Yang dikatakan kotor itu adalah seperti hingus, air liur, lumpur, arang dan sebagainya manakala najis adalah seperti darah, nanah, arak, bangkai, babi, anjing dan lain-lain lagi.


Soalan 6
Manakah lebih besar dan lebih berat di antara hadas dan najis menurut pandangan islam?

Diantara kedua-duanya, maka najis adalah lebih berat, kerana tuntutan supaya bersuci dari najis adalah wajib disegerakan sedangkan tuntutan supaya bersuci dari hadas hanya sunat disegerakan dan najis wajib dibasuh atau disucikan walaupun terdapat di dalam mata atau hidung dan sebagainya sedangkan hadas tidak dituntut berbuat demikian. Untuk mengangkat hadas kecil memadai mengambil wuduk sahaja.


Soalan 7
Kita faham bahawa bangkai itu adalah najis, jadi bolehkah diterangkan pengertian bangkai itu sendiri?


Yang dikatakan bangkai menurut islam ialah setiap binatang yang haram dimakan dagingnya kemudian mati ia walaupun dengan disembelih, dan binatang yang halal dimakan dagingnya lalu matilah ia tanpa di sembelih, maka semua itu dinamakan bangkai.


Soalan 8
Apakah hukumnya kalau kita memotong atau mengambil sedikit daging dari binatang seperti lembu atau kerbau yang masih hidup untuk dijadikan lauk?


Perbuatan memotong mana-mana anggota badan binatang yang masih hidup adalah merupakan suatu penyiksaan terhadap binatang tersebut dan ini dilarang keras oleh islam manakala apa yang terpotong itu samada kulitnya atau dagingnya dan sebagainya adalah dihukumkan sebagai bangkai.
Sabda Rasulullah s.a.w:"Sesuatu yang terpotong dari binatang pada hal ia masih hidup, maka ia adalah hukum seperti bangkai".(riwayat at tirdhmizi dan abu daud).
Adapun demikian, bulu-bulu binatang seperti kambing biri-biri yang dipotong semasa hidupnya bagi tujuan membuat pakaian atau melindungi diri dari kesejukan di waktu sejuk adalah dibolehkan.


Soalan 9
Bolehkah diterangkan contoh-contoh najis dan cara menyucikannya?


Najis berat(mughallazah) spt anjing dan babi dan keturunan dari kedua-duanya walaupun dengan binatang yang suci. Cara menyucikannya ialah dengan membasuh bahagian anggota badan yang terkena najis sebanyak 7 kali dan salah satunya dengan air tanah.
Najis pertengahan(mutawassitah) spt najis manusia,binatang,darah,nanah dan lain-lain. Cara menyucikannya ialah hilangkan ainnya(zat najis)terlebih dahulu jika ada, kemudian disucikan dengan air mutlak hingga hilang warna,bau dan rasanya.
Najis ringan(mukhafafah) spt air kencing kanak-kanak lelaki yang belum makan sesuatu selain dari susu ibunya(susu badan).Cara menyucikannya ialah dengan dipercikkan air ke atasnya.

Soalan 10
Adakah semua binatang apabila mati dianggap bangkai dan najis hukumnya?

Tidaklah semua binatang yang mati itu dihukum sebagai najis kerana ada keterangan yang menunjukkan bahawa manusia, ikan dan belalang apabila mati tidak menjadi najis dan bangkai.
Rasulullah s.a.w bersabda:"Dihalalkan bagi kita dua bangkai dan dua darah,iaitu ikan(hidupan laut seperti sotong,udang,ketam dan lain-lain),belalang,hati dan limpa.


Soalan 11
Bagaimanakah dengan bangkai seperti semut atau lalat yang jatuh ke dalam minuman atau berada dalam poket baju yang dibawa solat dengannya?


Dalam masalah ini,  sebagai pengetahuan kita bersama bahawa setiap binatang yang tidak mempunyai darah yang m,engalir dalam badannya semasa hidupnya dan apabila mati ia, maka adalah dimaafkan seperti semut,labah-labah,kalkatu,lipas dan seumpamanya.

Soalan 12
Bagaimanakah cara menyamak kulit-kulit bangkai dan bagaimanakah kita boleh ketahui yang kulit itu telah disamak?

 Cara menyamaknya adalah senang lagi mudah sekali dan sesiapa sahaja boleh melakukannya iaitu dengan menghapus dan menghilangkan saki baki daging, darah dan lemak-lemak yang masih ada di kulit itu terlebih dahulu, kemudian dibasuh dan disuci dengan sesuatu yang tajam rasanya seperti tawas dan seumpamanya lalu dibasuh bersih hingga suci dan akhir sekali dijemur hingga betul-betul kering. Apabila sudah kering dan tidak mempunyai baunya lagi maka itulah menjadi tanda yang kulit itu sudah disamak.

Soalan 13
Adakah salah dan berdosa jika seseorang itu memegang anjing atau babi dengan tangannya tanpa berlapik?

Tidak menjadi apa-apa kesalahan, bahkan tidak berdosa kalau hanya melihat atau memegangnya sahaja, cuma perlu dibasuh dengan 7kali  dimana basuhan yang pertama dimulai dengan air tanah. Yang dilarang(diharamkan) ialah memakan dagingnya, tulangnya, lemaknya dan sebagainya yang berkaitan dengannya.
Larangan ini jelas dalam Surah Al-Maidah ayat3, maksudnya "diharamkan ke atas kamu(memakan) bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih bukan kerana ALLAH..."


Soalan 14
Bagaimanakah dengan bangkai tikus yang jatuh ke dalam bekas yang berisi air,apakah air itu, masih boleh diminum atau digunakan untuk sesuatu?

Bangkai tikus atau sebarang najis yang jatuh ke dalam bekas yang mengandungi sesuatu yang cair seperti air, minyak(untuk tujuan masak) dan sebagainya, maka hukumnya adalah najis dan tidak boleh di minum atau digunakan untuk sebarang keperluan, kecuali jika terjatuh ke dalam makanan atau sesuatu yang keras atau kering, maka hendaklah dibuang bangkai itu dan barang yang di sekitarnya sahaja, sedangkan selainnya adalah suci dan boleh di makan.


Soalan 15
Adakah semua yang keluar dari kemaluan manusia dan binatang itu najis?

Pada umumnya semua cecair yang keluar melalui kemaluan manusia atau binatang adalah najis, kecuali air mani kerana ia adalah suci. Dan setiap yang keras yang keluar melalui kemaluan manusia dan binatang seperti syiling, biji-bijian dan sebagainya adalah mutannajis(terkena najis yang menjadikannya najis) dan akan suci apabila dibersihkan. 

Soalan 16
Betulkah pendapat yang mengatakan bahawa air kencing kanak-kanak lelaki atau perempuan itu sama sahaja dimana suci ia dengan dengan dipercikkan air ssemata-mata?

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud " Hendaklah dibasuh dari air kencing kanak-kanak perempuan dan direnjiskan dari air kencing kanak-kanak lelaki" (riwayat abu daud)
Berdasarkan hadith yang dikemukakan ini jelaslah bahawa tidak betul pendapat yang mengatakan air kencing kanak-kanak lelaki itu sama sahaja cara penyuciannya dengan air kencing kanak-kanak perempuan. Dengan syarat, kanak-kanak lelaki tersebut tidak berusia lebih dari 2 tahun dan tidak makan apa-apa selain dari susu ibunya sahaja.

2 comments:

Abdul Qaiyum said...

soalan 1 mane?tibe2 je soalan 3 dgn 6???

Fiqh Al Sunnah said...

ada tu yum..baca sampai habis..lau da kemusykilan ajukanlah soalan..