Tuesday, January 4, 2011

BAHAGIAN ISTINJAK

Alhamdulillah..syukur kehadrat ALLAH S.W.T kerana dengan limpah rahmatNYA dapat lagi ana meneruskan perkongsian ilmu ALLAH ini dengan saudara saudari yang tidak jemu-jemu mengunjungi blog ana yang tidak seberapa ini..Semoga setiap ilmu yang kita perolehi menjadi amalan dalam kehidupan harian kita..Pada pertemuan ini marilah kita sama-sama mendalami ilmu berkenaan istinjak...

Soalan 1
Apakah erti istinjak dan apakah hukumnya?

Istinjak ertinya menyucikan najis yang ada pada kemaluan seseorang selepas membuang air kecil atau air besar, manakala hukumnya adalah wajib. Maksudnya disini ialah setiap sesuatu yang keluar melalui qubul dan dubur selain air mani adalah najis dan wajib disucikannya.

Soalan 2
Bagaimanakah cara-cara beristinjak yang diharuskan oleh Islam?


Sebenarnya istinjak harus dilakukan dengan salah satu dari tiga cara berikut:
  1. menggunakan sesuatu yang keras lagi kesat kemudian diikuti dengan air 
  2. menggunakan air semata-mata 
  3. menggunakan benda-benda yang keras lagi kesat semata-mata seperti kertas, batu, daun-daun kering dan sebagainya

Soalan 3
Apakah syarat-syarat yang membolehkan kita beristinjak dengan benda-benda kesat tanpa menggunakan air?

  1. hendaklah sekurang-kurangnya dengan 3kali, 5kali, 7kali atau dengan bilangan yang ganjil Sabda Rasulullah s.a.w "Apabila beristinjak dengan batu (benda yang kesat) oleh seseorang kamu maka hendaklah keadaan ganjil  
  2. hendaklah najis yang ada di kemaluan belum kering lagi 
  3. hendaklah najis yang keluar tidak melampaui(berciciran) dari tempat keluarnya. 
  4. tidak didatangi najis yang lain ke atasnya(benda yang kesat).Maksudnya ialah benda yang kesat itu mestilah suci dari najis.
Sekiranya kurang salah satu dari syarat-syarat tersebut maka mestilah digunakan air semata-mata.

Soalan 4
 Apakah ada adab-adab atau peraturan membuang air kecil atau air besar menurut islam?


Dalam islam memanglah ada garis panduan dan peraturan mengenainya, diantaranya adalah seperti berikut:
  1. Hendaklah masuk ke tandas terlebih dahulu dengan membaca doa yang kita sedia maklum. Daripada Anas bin Malik dari Nabi s.a.w: Adalah ia apabila masuk ke dalam tandas berkatalah ia:Ya ALLAH sesungguhnya aku berlindung denganMU dari kebencian dan kekejian atau dari gangguan syaitan-syaitan(jantan dan betina)
  2. Hendaklah masuk dengan melangkah kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan 
  3. Hendaklah menutup kepala dengan sesuatu seperti kain tuala dan sebagainya
  4. Hendaklah duduk ketika melakukan qada hajat(berak & kencing)
  5. Jangan bercakap-cakap atau membaca sesuatu ketika qada hajat.Sabda Nabi s.a.w: Apabila membuang air bessar oleh dua orang lelaki, maka hendaklah berjauhan antara satu sama lain dan janganlah berbual-bual kerana ALLAH s.w.t amatlah murka kelakuan sedemikian.
  6. Janganlah mengadap atau membelakangi kiblat apabila qada hajat di tempat yang tidak mempunyai tutupan atau dinding 
  7. Janganlah memakai sesuatu yang tertulis padanya ayat-ayat suci atau nama-nama ALLAH semasa di dalam tandas
  8. Janganlah membuang air besar di tempat-tempat seperti di jalan raya, di bawah pohon-pohon yang berbuah, di tempat-tempat teduhan manusia, di tempat laluan air dan lain-lain lagi
  9. Hendaklah diam sekejap dan berdehem-dehem selepas membuang air kecil
  10. Hendaklah membaca doa sebaik sahaja keluar dari tandas                                                                                                                                                                                                                    

No comments: