Friday, September 30, 2011

PENAWAR BAGI BISA ULAR, SENGAT IKANSEMBILANG & DURI KELAPA SAWIT

Tahukah anda bahawa Allah telah menciptakan penyakit dan penawar itu melalui punca yang sama dan punca yang berbeza. Disini ana ingin mengupas 3 penyakit dan penawar yang mempunyai hubung kait antara satu sama lain. Sebagai contoh bisa patukan ular,sengat ikan sembilang dan duri pelepah sawit. 
1)Sekiranya anda dipatuk oleh ular maka anda hendaklah menangkap dan seterusnya memakan ekor ular yang mematuk anda itu. Sesungguhnya di bahagian ekor ular tersebut Allah telah ciptakan penawarnya. Bolehkah memakan ekor ular tersebut? Jawabnya boleh makan pada ketika dipatuk ular sahaja kerana ia dikira darurat. Haram memakan ular sebagai santapan harian. 
2)Penawar bagi bisa terkena sengatan ikan sembilang pula ialah otak ikan tersebut. Sekiranya anda terkena sengat ikan ini, anda perlu belah kepala ikan tersebut dan mengambil otaknya untuk dimakan. InsyaAllah bisa sengat ikan tersebut hilang. 
3)Duri kelapa sawit merupakan antara duri yang mempunya bisa yang sangat kuat. Penawar bagi bisa duri ini ialah Allah telah letakkan pada buahnya. Caranya ialah anda perlu mengupas buah sawit sehingga anda dapat rasa minyak keluar dari sabut buah tersebut dan seterusnya sapu minyak tersebut bersama-sama buah sawit itu. InsyaAllah rasa sakit berkurangan.
Tedung Selar
Ikan Sembilang
Duri Pelepah Sawit

USTAZ AZHAR IDRUS


InsyaAllah


ISU SEMASA

Soalan 1
Apakah hukumnya menuduh orang berzina menurut islam?

Hukumnya adalah haram dan berdosa besar. Sekiranya terjadi hal yang demikian maka wajiblah yang menuduh itu membawa saksi seramai 4 orang(saksi hendaklah terdiri dari mereka yang tidak fasik).Sekiranya yang menuduh tidak dapat membawa 4 orang saksi maka hendaklah dihukum orang yang menuduh itu sekiranya yang dituduh menafikannya.

Soalan 2
Bagaimana pula sekiranya menggunakan teknologi terkini yang canggih seperti kamera cctv dan sebagainya. Adakah itu boleh dijadikan saksi?

Tidak boleh kerana teknologi buatan manusia tidak sempurna dan mempunyai kelemahannya. Sebagai contoh seperti kes yang berlaku dalam negara kita akhir-akhir ini. Walaupun terdapat video orang yang berzina namun video tersebut tidak jelas dan samar-samar, Sekalipun video itu jelas menunjukkan pelakunya sipulan bin sipulan. Menurut Sheikh Wahbah Zuhaili orang yang membuat tuduhan wajib membawa empat orang saksi yang tidak fasik kerana telah terdapat nas di dalam Al Quran. Setiap perkara yang telah mempunyai nas di dalam Al Quran atau hadis maka ia tidak boleh dipertikaikan.

PENYAKIT 3 SERANGKAI

Pasti sidang pembaca tahu apa itu penyakit 3 serangkai kan? Penyakit 3 serangkai ini terdiri daripada darah tinggi, jantung dan kencing manis. Di sini ana ingin berkongsi sedikit maklumat berkenaan penawar dan kaedah untuk merawat penyakit ini. Penawar bagi penyakit ini ialah 1 biji buah kelapa muda(isi berhingus),7 biji halba/alba(biasa dicampur untuk buat nasi dagang) dan 3 serai batang.
                                                                    serai batang                                           

PENYAKIT & PENAWAR

Assalamu'alaikum para pembaca yang disayangi sekalian..ana memohon kemaafan kerana telah lama tidak update blog ini. InsyaALLAH mulai saat dan waktu ini ana akan sentiasa update blog ini. Di harapkan para pembaca yang budiman akan sentiasa support blog ini dari semasa ke semasa..InsyaALLAH..



Pada pertemuan kali ini ana ingin berkongsi sedikit ilmu yang ana ada dengan sidang pembaca sekalian..Anda pasti pernah dengar mengenai pelbagai jenis penyakit bukan? Tahukah anda setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Disini ana ingin mengemukakan beberapa penyakit dan cara merawatnya berdasarkan Al Quran..Sesungguhnya Allah menurunkan Al Quran itu adalah sebagai penawar kepada manusia.. Bagaimana Al Quran mampu menyembuh penyakit? Sesungguhnya disekeliling kita ini kita dikelilingi dengan makhluk yang bernama gelombang.. Menurut kajian dari barat, gelombang yang dikeluarkan oleh sesuatu benda akan mempengaruhi sesuatu benda. Sebagai contoh, gelombang telefon. Pakar saintis barat mengatakan gelombang yang keluar dari telefon itu mampu membawa mudarat kepada kesihatan manusia.


Berbalik kepada persoalan bagaimana Al Quran mampu menyebuhkan penyakit. Setiap huruf dari Al Quran mempunyai getaran gelombang yang berbeza. Jika anda menyebut alif lam lam ha pada segelas air, maka anda akan dapati zarah-zarah air tersebut akan bertukar menjadi cantik dan berkelipan seperti berlian. Amat besar mukjizat Al Quran ini.
Oleh itu para sidang pembaca yang dikasihi sekalian, yakinlah bahawa Allah menurunkan wahyu kepada Rasulullah s.a.w adalah sebagai penawar kepada penyakit yang dihadapi oleh umat manusia samada ianya berbentuk penyakit rohani mahupun jasmani. Sesungguhnya Allah yang menciptakan penyakit dan Dia jualah yang menyembuhkannya. Jangalah kita mudah berputus asa dan membiarkan saja diri kita menanggung sesuatu penyakit tanpa berikhtiar menyembuhkannya. Ingatlah, senjata utama untuk mengelakkan daripada terkena sesuatu penyakit ialah mendirikan solat sunat tahajjud. Ini kerana gelombang yang terpancar dari badan orang yang melakukan solat sunat tahajjud itu merupakan gelombang yang paling aktif dalam membaiki sistem/organ dalaman manusia.