Wednesday, November 16, 2011

PENAWAR INSOMNIA,SAKIT-SAKIT BADAN,FIBROID DAN ULURAN SERTA SAKIT KAKI(TUMIT KAKI)

Segelintir dari kita mungkin menghadapi masalah untuk tidur malam,sakit-sakit badan, fibroid dan uluran. Ingatlah, Al-Quran dan Hadis itu merupakan penawar kepada penyakit hati,mental dan fizikal manusia serta petunjuk kearah kejayaan. Di sini ana ingin ingin kemukakan beberapa  ayat al quran yang boleh menjadi penawar kepada masalah2 ini iaitu 
  1. surah al-kahfi sebagai penawar insomnia 
  2. surah fussilat:44 sebagai penawr kepada sakit-sakit badan.
  3. bagi pesakit fibroid amalkan minum madu dimana sebelum minum baca surah fatihah,ayat qursi dan surah lebah(lupa nama surah)
  4. bagi pesakit uluran pula amalkan juga minum madu dan sebelum minum bacalah surah al israq:82 dan surah Hasyr:21
  5. bagi masalah sakit kaki(tumit kaki) sapu mnyak zaitun di tumit kaki yang sakit sambil membaca surah fatihah, ayat qursi, surah at-taubah:14 dan surah al hasyr
Yakinlah dengan 100% di dalam hati,fikiran dan perasaan kita bahawa setiap penyakit itu datang dari Allah dan hanya Allah yang mampu menyembuhkannya. 

CARA BERHADAPAN DENGAN ORANG HISTERIA

Bagi orang yang pernah menghadapi bagaimana situasi berhadapan dengan mereka yang terkena histeria pasti tidak akan dapat melupakan kejadian tersebut. Ada juga yang menganggap pengalaman tersebut pengalaman pahit. Ingatlah, pengalaman tersebut adalah satu anugerah kepada anda. Tidak semua orang dapat merasai pengalaman ini. Anggaplah pengalaman ini sebagai satu medium untuk kita kembali mentauhidkan Allah dan menyakini bahawa adanya makhluk di alam lain. Janganlah kita takut kepada makhluk-makhluk Allah ini kerana mereka tidak mempunyai sebarang kelebihan berbanding dengan kita
Disini ana ingin menerangkan serba sedikit ilmu yang ana ada untuk bagaimana kita hendak menghadapi situasi seperti ini.. Disini ana ingin terangkan cara mudah iaitu

  1. asingkan pesakit histeria tadi dari orang ramai
  2. kemudian genggam tangan kanan anda kemudian
  3. bacalah bismillah-masyaAllah sebanyak 3x
  4. tiup perlahan-lahan pada genggaman tadi
  5. tepuk di belakang pesakit diantara tulang bahunya
Harus di ingat...amalkan surah as-saff untuk sebagai pembenteng(pelindung) diri perawat