Wednesday, November 16, 2011

CARA BERHADAPAN DENGAN ORANG HISTERIA

Bagi orang yang pernah menghadapi bagaimana situasi berhadapan dengan mereka yang terkena histeria pasti tidak akan dapat melupakan kejadian tersebut. Ada juga yang menganggap pengalaman tersebut pengalaman pahit. Ingatlah, pengalaman tersebut adalah satu anugerah kepada anda. Tidak semua orang dapat merasai pengalaman ini. Anggaplah pengalaman ini sebagai satu medium untuk kita kembali mentauhidkan Allah dan menyakini bahawa adanya makhluk di alam lain. Janganlah kita takut kepada makhluk-makhluk Allah ini kerana mereka tidak mempunyai sebarang kelebihan berbanding dengan kita
Disini ana ingin menerangkan serba sedikit ilmu yang ana ada untuk bagaimana kita hendak menghadapi situasi seperti ini.. Disini ana ingin terangkan cara mudah iaitu

  1. asingkan pesakit histeria tadi dari orang ramai
  2. kemudian genggam tangan kanan anda kemudian
  3. bacalah bismillah-masyaAllah sebanyak 3x
  4. tiup perlahan-lahan pada genggaman tadi
  5. tepuk di belakang pesakit diantara tulang bahunya
Harus di ingat...amalkan surah as-saff untuk sebagai pembenteng(pelindung) diri perawat

No comments: