Wednesday, December 7, 2011

BICARA PSIKOLOGI

Assalamu'alaikum kepada para pembaca sidang yang budiman..ana mohon maaf kerana tidak mempunyai masa yang cukup untuk sentiasa update blog ini..ana harap sidang pembaca yang meminati blog ini silalah follow blog ini selalu..Pada page ini ana mahu berkongsi beberapa tips mengenai aspek yang menyebabkan kita bermasalah. Tahukah sidang pembaca sekalian bahawa manusia bermasalah disebabkan terdapat fikiran tidak rasional di dalam diri mereka..Disini ana lampirkan 11 pemikiran tidak rasional yang manusia sering hadapi iaitu:

1.Adalah sangat perlu seseorang itu dikasihi atau disayangi oleh setiap orang yang signifikan. Ini adalah tidak rasional kerana matlamat ini tidak akan tercapai, malah akan menyebabkan seseorang kehilangan arah kendiri, berasa tidak selamat serta merosakkan diri sendiri dalam usaha untuk mencapainya.
2.Adalah perlu seseorang itu lengkap,cekap dan berjaya dalam semua bidang jika ia ingin merasa ia berguna. Idea ini adalah mustahi dicapai kerana jika gagal seseorang boleh berakhir dengan perasan rendah diri, tidak berkebolehan dan berasa takut gagal dan cenderung menyalahkan orang lain.
3.Sesetengah orang adalah jahat dan kejam, dan orang sebegini patut disalahkan dan dihukum. Idea ini tidak rasional kerana tiada piawaian jahat atau kejam secara mutlak. Setiap orang melakukan kesalahan kerana bodoh,tidak tahu atau emosi tidak stabil. Menyalahkandan menghukum tidak semestinya boleh memperbaiki tingkahlaku malahan mungkinmenjadikan tingkahlaku dan keadaan emosi bertambah teruk.
4.Adalah teruk dan malang apabila sesuatu perkara terjadi tidak seperti yang diharapkan atau diimpikan. Perasaan kecewa yang berpanjangan dan menganggap peristiwa sebagai malang tidak dapat mengubah situasi bahkan memburukkannya.
5.Perasaan tidak bahagia adalah fungsi seseuatu peristiwa di luar kawalan individu. Sebenarnya, kebanyakan peristiwa yang kita anggap sebagai merosakkan adalah tanggapan psikologi. Kita tidak boleh disakiti melainkan kita membenarkan kita disakiti melalui sikap danreaksi yang negatif. Jika kita menyedari keadaan ini, kita boleh cuba mengawal atau mengubah gangguan ini.
6.Jika sesuatu itu merbahaya dan merosakkan individu sepatutnya selalu mengambil berat dan memikirkannya. Ini bukanlah idea yang rasional kerana dengan hanya memikirkannya tidak dapat mengubah keadaan bahkan akan menyebabkan ia menjadi lebih buruk dari yang sepatutnya.
7.Adalah lebih senang lari dari kesulitan dan tanggungjawab daripada menghadapinya.Ini adalah tidak rasional kerana lari dari tanggungjawab dan masalah tidak akan menyelesaikannya.
8.Individu perlu bergantung kepada orang lain yang lebih berkuasa dan kuat. Kita semua bergantung pada orang lain pada satu tahap tetapi tidak seharusnya memaksimakanpenggantungan sehingga menyebabkan kehilangan kebebasan diri, keindividuan dan ekspresi diri serta sentiasa memerlukan individu yang menjadi tempat penggantungan.
9.Peristiwa lalu di dalam kehidupan individu menentukan tingkahlaku manusia dan tidak dapat diubah. Memang masa lalu mempengaruhi masa kini, tetapi bukanlah menentukan masa kini sehingga individu menjadikannya alasan untuk mengubah sikap dan diri.
10.Seseorang individu sepatutnya sangat mengambil berat dan merasa susah hati dengan masalah orang lain. Ini tidak rasional kerana ada kalanya masalah orang lain tidak ada kena mengena dengan diri kita dan masalah itu tidak harus mengganggu hidup kita.
11.Selalunya akan nada jawapan yang betul dan tepat kepada sebarang masalah. Ini adalah tidak rasional kerana tidak ada penyelesaian yang sempurna bahkan akan menyebabkan kebimbangan.
Cubalah sidang pembaca perhatikan dan renungkan adakah kalian mempunyai ciri-ciri fikiran tidak rasional seperti yang ana nyatakan?Jika ya, bolehlah anda hubungi ana di fb ana..InsyaAllah dengan ilmu kaunseling yang ana ada dapatlah kiranya ana membantu kalian merungkaikan permasaalahan yang mengganggu jiwa kalian..insyaAllah.