Assalamu'alaikum kepada para pembaca sidang yang budiman..ana mohon maaf kerana tidak mempunyai masa yang cukup untuk sentiasa update blog ini..ana harap sidang pembaca yang meminati blog ini silalah follow blog ini selalu..Pada page ini ana mahu berkongsi beberapa tips mengenai aspek yang menyebabkan kita bermasalah. Tahukah sidang pembaca sekalian bahawa manusia bermasalah disebabkan terdapat fikiran tidak rasional di dalam diri mereka..Disini ana lampirkan 11 pemikiran tidak rasional yang manusia sering hadapi iaitu:
1.Adalah sangat perlu seseorang itu dikasihi atau disayangi oleh
setiap orang yang signifikan. Ini adalah tidak rasional kerana matlamat ini tidak akan
tercapai, malah akan menyebabkan seseorang kehilangan arah kendiri,
berasa tidak selamat serta merosakkan diri sendiri dalam usaha untuk mencapainya.
2.Adalah perlu seseorang itu lengkap,cekap dan berjaya dalam semua
bidang jika ia ingin merasa ia berguna. Idea ini adalah mustahi dicapai kerana
jika gagal seseorang boleh berakhir dengan perasan rendah diri, tidak
berkebolehan dan berasa takut gagal dan cenderung menyalahkan orang lain.
3.Sesetengah orang adalah jahat dan kejam, dan orang sebegini patut
disalahkan dan dihukum. Idea ini tidak rasional kerana tiada piawaian jahat atau
kejam secara mutlak. Setiap orang melakukan kesalahan kerana bodoh,tidak tahu atau emosi tidak
stabil. Menyalahkandan menghukum tidak semestinya boleh memperbaiki tingkahlaku
malahan mungkinmenjadikan tingkahlaku dan keadaan emosi bertambah teruk.
4.Adalah teruk dan malang apabila sesuatu perkara terjadi tidak
seperti yang diharapkan atau diimpikan. Perasaan kecewa yang berpanjangan dan menganggap peristiwa
sebagai malang
tidak dapat mengubah situasi bahkan memburukkannya.
5.Perasaan tidak bahagia adalah fungsi seseuatu peristiwa di luar
kawalan individu. Sebenarnya, kebanyakan peristiwa yang kita anggap sebagai
merosakkan adalah tanggapan psikologi. Kita tidak boleh disakiti melainkan kita
membenarkan kita disakiti melalui sikap danreaksi yang negatif. Jika kita
menyedari keadaan ini, kita boleh cuba mengawal atau mengubah gangguan ini.
6.Jika sesuatu itu merbahaya dan merosakkan individu sepatutnya
selalu mengambil berat dan memikirkannya. Ini
bukanlah idea yang rasional kerana dengan hanya
memikirkannya tidak dapat mengubah keadaan bahkan akan menyebabkan ia menjadi
lebih buruk dari yang sepatutnya.
7.Adalah lebih senang lari dari kesulitan dan tanggungjawab daripada
menghadapinya.Ini adalah tidak rasional kerana
lari dari tanggungjawab dan masalah tidak akan menyelesaikannya.
8.Individu perlu bergantung kepada orang lain yang lebih berkuasa
dan kuat. Kita semua bergantung
pada orang lain pada satu tahap tetapi tidak seharusnya
memaksimakanpenggantungan sehingga menyebabkan kehilangan kebebasan diri,
keindividuan dan ekspresi diri serta sentiasa memerlukan individu yang menjadi
tempat penggantungan.
9.Peristiwa lalu di dalam kehidupan individu menentukan tingkahlaku
manusia dan tidak dapat diubah. Memang masa lalu mempengaruhi masa kini, tetapi bukanlah
menentukan masa kini sehingga individu menjadikannya
alasan untuk mengubah sikap dan diri.
10.Seseorang individu sepatutnya sangat mengambil berat dan merasa
susah hati dengan masalah orang lain. Ini tidak rasional kerana ada kalanya
masalah orang lain tidak ada kena mengena dengan diri kita dan masalah itu tidak
harus mengganggu hidup kita.
11.Selalunya akan nada jawapan yang betul dan tepat kepada sebarang
masalah. Ini adalah tidak rasional kerana tidak ada penyelesaian
yang sempurna bahkan akan menyebabkan kebimbangan.
Cubalah sidang pembaca perhatikan dan renungkan adakah kalian mempunyai ciri-ciri fikiran tidak rasional seperti yang ana nyatakan?Jika ya, bolehlah anda hubungi ana di fb ana..InsyaAllah dengan ilmu kaunseling yang ana ada dapatlah kiranya ana membantu kalian merungkaikan permasaalahan yang mengganggu jiwa kalian..insyaAllah.
No comments:
Post a Comment